Ahad, 8 Julai 2018

Tips Pengambilan Herba.

TIPS PENGAMBILAN HERBA oleh Dr.Zubaidi.

1. Pastikan ia dikeluarkan oleh syarikat yg berintegriti, melakukan pemantau produk mengikut GMP (termasuk pemeriksaan makmal yang diperakui).

2. Pastikan produk herba yg diambil berdaftar dengan KKM dan mendapat tanda HALAL JAKIM.

3. Pastikan tidak mengambil herba tanpa merujuk mereka yang faham dan berpengalaman tentang penggunaannya.

4. Penggunaan herba dalam perubatan Melayu lama dibahagikan kepada dua.

i. Mereka yg sihat dan mahukan mengekalkan kesihatan. Mereka sesekali mengalami rasa penat, sakit-sakit badan atau memerlukan booster utk melakukan aktiviti berat.
Ambil herba sesekali bila diperlukan.

ii. Mereka yang sakit dan memerlukan rawatan.

Sebagai contoh mereka yg baru melahirkan anak, mengambil herba dalam tempoh berpantang. Selesai tempoh itu ambil sesekali bila diperlukan.

Mereka yg mengalami masalah kitaran haid dan senggugut, jangka masa yg diambil antara 3-6 bulan. Jika tidak serasi, hentikan pengambilan. Jika sudah sembuh, boleh jarakkan pengambilan. atau berhenti terus.

Pengamalan herba ini telah diamalkan sejak dulu dari zaman tamadun Melayu kuno. Ada di antara pesakit yg sembuh dan ada juga tidak. Seperti mana juga mana2 perubatan lain. Tiada perubatan yg boleh menjamin kesembuhan 100 peratus.

Bagi mereka yg tiada ilmu, memanglah tiada pengetahuan dan pengalaman tentang penggunaan herba. Jadi mereka akan memandang dengan sebelah mata. Tidak kira mereka profesor atau doktor.

Jadi bercampurlah dgn pengamal-pengamal herba sama ada di akar umbi (di kampung-kampung). Berbincanglah dgn saintis di universiti dalam dan luar negeri. Bacalah banyak buku dan journal dgn hati yg terbuka.

Contohnya Tongkat Ali telah diiktiraf di luar negeri. Kacip Fatimah pula akan menyusul.

Ambil peluang hadir ke seminar dan conference berkaitan herba. Fahamkan kaedah rawatan menggunakan herba. fahamkan juga bagaimana herba berfungsi dalam rawatan.

Akhir sekali, elakkan terlalu taksub pada mana2 perubatan. Perubatan herba juga telah dibincangkan dalam banyak journal dan conference. Betulkan iktikad kita bahawa ALLAH yg menyembuhkan dan kita berusaha untuk mendapat kesembuhan.

Semoga bermanfaat.😊

Sabtu, 10 Februari 2018

SENAMAN MUDAH UNTUK RAWAT SAKIT PINGGANG

Sakit pinggang ni memang tak best la kan. Nak buat keja pun tak selesa. Nak tido pun tak sedap. Badan pun rasa letih, jadi macam takda tenaga dan stamina gitu kan.

Sesiapa yang sakit pinggang memang faham la keadaan tu.

Ni ada cara mudah untuk sesiapa yang sakit atau lenguh pinggang tu buat senaman. Harapnya membantu la.

 Mudah ja. Ambik masa beberapa minit ja. Hanya 4 cara ja. Sambil-sambil tengok TV atau lepas solat ke. Lunjur kejap, pastu siap.




Nak lagi elok, ambik sebiji ja sehari ekstrak tongkat ali keluaran dan R&D oleh Universiti Teknologi Malaysia. InsyaAllah membantu menghilangkan sakit pinggang dan masalah dalaman lelaki.

Nak tau khasiat ekstrak tongkat ali keluaran UTM ni. Boleh whatsapp saya

0145350265 taip "ETA"

Atau boleh terus klik link ini.
wasap.my/60145350265/ETA


SENARAI POST

Kedai Shopee kami

 Untuk makluman, tuan-tuan kini boleh dapatkan produk Tongkat ali UTM dan produk-produk keluaran UTM yang lain di kedai Shopee kami.  Boleh ...

CATATAN POPULAR